Dah lama nampaknya Yana menyepikan diri. Sebenarnya bukan apa, Yana sendiri sedang melalui beberapa fasa perubahan dalam hidup. Yana rasa, Yana dah makin matang, terutama sekali dalam membuat keputusan. Semuanya Yana belajar dari pengalaman yang Yana rentasi sepanjang jalan hayat ni. Oh ya, Mama akan datang ke Malaysia ! Seronoknya…tak sabar nak jumpa Mama dan Mama kata ada surprise. Dia nak bawa seseorang dari Australia.Hehe, Yana dah tau sebenarnya, tapi saja Yana rahsiakan dari Kak Ju. Puas Kak Ju pujuk Mama, tanya siapa yang dia nak bawa tu, pujuk punya pujuk at last Mama mengaku juga yang dia nak bawa adik tiri kami, Aleeya!
Guess what? Yana ada berita yang lagi gempar tau. Nak tau tak? Yana dapat tawaran sambung belajar di Australia ! Apa yang best nya Yana nanti akan belajar satu Universiti dengan Aleeya. Mesti happening. Sebenarnya Yana dan Aleeya ni dah lama dah keep in touch. Yana selalu lawati blog dia “Gang of Girls” tu. Sebab tu Yana tau yang dia akan ke sini dengan Mama dan kami semua akan pergi ke Australia sama-sama lepas selesai urusan Mama kat Malaysia nanti.Cakap pasal Aleeya, Yana sukakan karakter dia tu. Dia ni selalu positif dengan apapun yang dia buat. Yana suka baca blog “Gang of Girls” tu sebab dia selalu tulis kata-kata perangsang, antaranya, hidup ni singkat, jadi kita mesti buat apapun yang kita mahu. Jangan takut pada kegagalan, yang penting kita mencuba. Kata-kata dia memang buat Yana bersemangat untuk kejar cita-cita Yana, dan menikmati hidup selagi Yana mampu. Kalau dia ke sini nanti mesti semua orang suka nak berkawan dengan dia.
Cuma, Yana kesian juga kat Kak Ju, Kak Faz dah lah tak balik-balik lagi dari Hong Kong . Yana pulak nak terbang ke Australia . Harap-harap Abang Azri dapat jaga Kak Ju dengan baik dan Kak Ju juga boleh bertahan dengan perangai Kim yang kadang-kadang tu melampau-lampau. Oh, Nik…dia jadi cikgu sandaran, ajar English. Rasanya nanti Yana akan rindukan dia sangat. Dan Izham…harap-harap dia akan tunggu sampai Yana balik Malaysia semula. Eh, tiba-tiba je rasa sedih. Tak pe lah, kita jumpa lagi nanti ya. Banyak lagi yang Yana nak cerita kat sini, bye!
![]() |
![]() |
![]() |
|
|
|
|
![]() |
![]() |
![]() |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
![]() |
![]() |
![]() |
|
|
|
|
![]() |
![]() |
![]() |